Bulan Zulhijjah 10 hari pertama




Malam kemarin (Jumaat 2/9) insyaAllah masuk 1 Zulhijjah 1437.

Pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dijanjikan Allah kelebihan khusus berbanding bulan-bulan lain, malah kelebihannya melangkaui hingga 13 hari iaitu sehingga 13 Zulhijjah.
Nabi s.a.w bersabda: "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari 10 hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). Di hari hari ini Rasululah saw menganjurkan perbanyakkan zikir (tahlil, takbir dan tahmid). Kemudian terdapat hadis khusus mengenai hari yang paling Afdhal iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah). Ada 9 amalan yang sangat dianjurkan di lakukan sepanjang 10 hari / 13 hari bulan Zulhijjah ini:

1. Lakukan amalan wajib di bulan Zulhijjah ini iaitu mengerjakan ibadat umrah dan haji (bagi yang mampu) kerana melakukan umrah di bulan ini dihapuskan segala dosa yang telah lalu dan ganjaran bagi yang mendapat haji mabrur ialah jannah (syurga).
2. Berpuasa pada 9 Zulhijjah (hari Arafah/Wukuf) kerana berpuasa di hari ini diampunkan dosa selama 2 tahun yakni 1 tahun sebelum ini dan 1 tahun selepas ini.
3. Bertakbir dan berzikir setiap kali selepas solat waktu. Bagi mereka yang mengerjakan haji hendaklah perbanyakkan bertalbiah. Juga di anjur perbanyakkan berdoa.
4. Perbanyakkan BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR dan berhenti melakukan dosa-dosa lain terutama yang telah kita lakukan.
5. Perbanyakkan amalan soleh seperti solat solat sunat, sedekah, berbuat kebaikan, beri nasihat dan panduan ke arah kebaikan dll.
6. Bertakbir di masa masa khusus. Takbir muqqaya - lepas solat (Malam Raya, 10, 11, 12, 13) & takbir mutlak - sepanjang hari.
7. Lakukan ibadat Qurban pada hari hari raya (10, 11, 12).
8. Bagi yang melaksanakan ibadah qurban, tidak memotong kuku dan rambut bermula malam 1 Zulhijjah hingga saat lakukan qurban.
9. Bersungguh hendak merayakan hari raya dan hadir solat sunat Eidil Adha.

3 Responses to "Bulan Zulhijjah 10 hari pertama"