DOA NABI ZAKARIA KEPADA ALLAH AGAR DIKURNIAKAN ZURIAT


Buat mereka yang masih belum dikurniakan zuriat, bersabarlah dan jangan pernah berhenti mengharap dan berdoa merayu kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah ujian yang mengangkat darjatmu di sisiNya. Yakinlah Dia yang tahu apa yang terbaik untukmu.
.
Renungi dan hayati firman Allah dalam surah Al-Anbiya' ayat 89-90 ini:
.
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (tanpa meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". {21:89}

Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. {21:90}
.

#cahayaIslam

0 Response to "DOA NABI ZAKARIA KEPADA ALLAH AGAR DIKURNIAKAN ZURIAT"

Post a Comment