'SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948









'SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948 AKAN BERLAKU PADA MALAM INI!
.
MasyaAllah! Allahu akbar! Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.
.
Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada malam ini 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa.

Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun.
.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tanda kekuasaan Allah ini kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.


0 Response to "'SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948"

Post a Comment